A VERY WARM WELCOME TO EVERYBODY WHO IS DROP BY

http://usahacarahalal.blogspot.com/

NUFFNANG

Wednesday 30 March 2011

ADAB-ADAB BERDOA

Assalamualaikum kwn2...jom kita review blik adab2 berdoa. 

Sebagai hamba Allah kt hendaklah sentiasa berdoa kpdNya. Mereka yang tidak pernah berdoa tergolong daripada org yg sombong. Dan adab berdoa juga sngt penting. Here i want to share with you guys adab ktika berdoa. Bersama kita ambil iktibar.

PERTAMA ialah dilakukan pada saat-saat yang mulia seperti pada hari Arafah, Di bulan ramadhan, hari Jumaat, sepertiga malam dan pada waktu sahur.


KEDUA, berdoa dilakukan pada waktu sujud, pada waktu bertemu dengan pasukan musuh, ketika hujan turun, ketika berdiri untuk mengerjakan solat dan pada waktu sesudah solat.


KETIGA, mengdap kiblat ketika berdoa, angkat kedua tangan, mengusap ke muka dengan kedua belah tangan sesudah mengakhiri doa. Imam di dalam masjid sunat mengalih tempat duduknya. Bahu kiri menghadap kiblat manakala bahu kanannya menghadap makmum.

KEEMPAT, merendahkan suara antara 'sir' dan 'jahar' iaitu antara terdengar dan tidak.

KELIMA, jangan berlebih-lebihan mengatur saja dengan bahasa berbunga pada akhir kata.

KEENAM, bersikap rendah diri dengan khusyuk serta takut. Allah berfirman " Berdoalah pada Tuhanmu, rendahkanlah dirimu dan takutlah!"


KETUJUH, seorang yang berdoa itu harus menujukan solatnya kepada Allah semata mata, dan harus yakin bahawa doanya itu akan dimakbulkan.

KELAPAN, doa itu dimulai dengan mamuji Allah serta zikir, berselawat kepada Rasulullah s.a.w serta ditutup dengan hal yang sama. 


KESEMBILAN, kita tidak bosan untuk terus berdoa dan diulang-ulang doanya sehingga tiga kali dan tidak berasa kesal kerana doanya lambat termakbul.

KESEPULUH, pokok pangkalnya kemustajaban doa adalah bertaubat terlabih dahulu dan menghindari perbuatan jahat serta bertawakal sepenuh hati kepada Allah SWT.

Sumber: Muslimah Januari 2011

No comments:

Post a Comment